Posts

SELAMAT HARI RAYA 2025

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin Raya tahun 2025 jatuh pada hari Isnin, 31 Mac 2025, 1 Syawal 1446 Hijrah Syukur, Alhamdulillah dapat ending ramadan dengan rasa ibadah 10 malam terakhir tahun ini. Cabaran bagi seorang perempuan yang mungkin datang bulan But, ramadan dan raya always aim nak sambut dengan penuh rasa kesyukuran kepada Allah (S.W.T) Dah umum raya, mercun pom pom pom kedengaran di sekitar rumah jiran, meriah waktu itu, iaitu malam raya Keep istiqamah yang mana tarbiah ramadan dibawa ke bulan lain walaupun tak banyak, tapi ada kesinambungan

RAYA 2025

Waktu begini anak perantau dah mula balik kampung masing-masing Ada yang sudah berada dikampung Bersyukur dengan seadanya Rayalah dengan rasa kesyukuran, Alhamdulillah Jadikan ramadan sebagai bulan tarbiah diri masing-masing Semua orang riuh malam 27 ramadan itu lailatul qadar dan malam ganjil yang lain juga Semoga jumpa ramadan dan raya tahun depan dalam suasana yang berbeza dan lebih baik. Amin Ya Rabb. Balik kampung drive elok-elok Aku bukan anak perantau sebab ada dikampung ada komitmen belajar Rindu pula nak jadi perantau...hehe.

MALAM LAILATUL-QADAR RAMADAN 2025

Cantik tarikh 27/3/2025 khamis, malam gajil ramadan 27 (1446 Hijrah) jatuh pada hari jumaat  Banyakkan ibadah Ibadah itu luas Islam itu mudah, jangan susahkan Allah Maha Pemurah Jangan sia-siakan ramadan setiap tahun Walaupun ada yang predict malam ganjil, malam genap perlu dititikberatkan juga Jangan judge orang, tak perlu, just do it Amar makruf nahi mungkar Sentiasa menjadi hamba-Nya yang memperbaiki diri.

RAMADAN 2025

Setakat tarikh saya tulis ini, belum lagi pergi bazar ramadan tahun ini. Zus Coffee pergi hehe. Sebab kopi best premium rasa dia. Dah cuba kedai kopi lain, ada beza. Lebih selesa makan masakan rumah walaupun hanya ringkas. Ambil berkat ramadan untuk banyakkan bersedekah, baca Al-Quran, zikir, solat berjemaah dan sebagainya. Bulan lain buat juga sekurang-kurangnya ada kesinambungan walaupun bukan semua. Janji ada yang istiqamah. Akhir ramadan lagu raya berkumandang. Awal ramadan tak sesuai sebab ramadan ini bulan yang sangat istimewa. Jangan kacau momentum ramadan dengan hiburan. Kejar malam lailatul qadar 10 malam terakhir tanpa pilih tarikh. Wanita yang tak boleh solat boleh zikir, doa, sedekah dan apa yang boleh dilakukan. Allah itu Maha Pengasih dan Maha Pemurah Sentiasa mohon keampunan.

SAVE PALESTINE

Sanggupkah kita lagi melihat tangisan anak Palestine yang tidak berdosa? Jom boikot semua produk Israhell atas muka bumi. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit Jangan pernah berputus-asa Search semua sosial media platform apa barang yang perlu diboikot Bukan bermusim Tetapi selama-lamanya